KEDAH JULANG PIALA MALAYSIA

9:08 PGAzizi


KALI TERAKHIR: Azraai (dua dari kiri) bersama dengan pemain import Kedah (dari kiri), Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin.

Sekalung tahniah buat skuad Sang KEnari di atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2008 di Bukit Jalil Semalam dengan menundukkan Red Giant 3 gol berbalas 2 sekaligus mencipta satu sejarah tersendiri dengan menjulangi kejayaan treble buat kali kedua berturut-turut.
Disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 20 000 orang.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana tengahari hari perlawanan Kedah mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Helmi Eliza Elias.
Pertahanan Terbaik : Victor Andrag.
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Khyril Muhymeen Zambri.
Penyerang Terbaik : Liew Kit Kong.
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James.
Pemain Harapan Terbaik : Mohd Fadly Baharom.
Pemain Paling Bernilai : Helmi Eliza Elias.
Kelab Penyokong Terbaik : Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik : Mohd Azraai Khor Abdullah.

You Might Also Like

1 ulasan