youtube

Pada Wajahmu

5:11 PGAzizi




Assalamualaikum Buat Teman-teman sekalian..

Alhamdulillah, dapat jgk peluang untuk post entry baru kat blog aku ni...ni pun sbb guna broadband, Thanks bro Pejal . Ni pun tgh2 pagi buta masukan entry baru ni, tido awal...penat sgt sbb x tido semalaman. kebetulan arini ade show kat Jakim. balik show terus collapsed..huhu

Buat hariri, syukron sbb slalu ingatkan supaya sentiasa update blog ni.

Buat Safwan, aku ada hadiah sempena perkahwinan demo, setelah berpenat lelah akhirnya siap satu lg lagu untuk tatapan halwa telinga buat teman-teman sekalian. Pada Wajahmu, lirik oleh safwan...tu lah lagu terbaru yang aku dah upload kat dalam blog ni. Tapi lagu ni jiwang la sket...hehe. so far ok la....

Banyak sgt benda yang aku nak crita kat sini tapi tak larat nak taip semua skali gus, just boleh bagi tau, semuanya kenangan2 indah belaka. syukur BagiNYA yang esa...

Buat Saff, selamat pengantin baru...semoga ikatan perkahwinan yang di bina akan kekal sehingga ke akhir hayat...ameen

PADA WAJAHMU
liric by Saff_One
Song & music arrangemnet by Gg


Pada Wajahmu
tersingkap suatu perasaan
menyingkap sebuah jawapan
pencarian akan kepastian

Pada Wajahmu
terbongkar suatu perasaan
ingin disayang dan menyayang
tersulam mekar dalam keredhaan

Ku sunting dirimu
berbekalkan istikharah ku menyandar
tadahan doa mulus ku dampar
kiranya si dia hadiah dari tuhan

Oh Dinda
jangan kau ragu kegusaran itu
Oh Dinda
terpatrinya janji
sayangku hanya padamu
cintaku hanya milikmu

music breach
repeat verse

Oh Dinda
kaulah permataku
hidup ini singgahan cuma
andai maut memisahkan kita
kejarlah syurga di sana
ku nantimu bidadriku

Indahnya sebuah pernikahan
jika penuh dengan kesetiaan
lagi indah suatu ikatan
tika bercinta syariat digenggam
duhai dindaku

You Might Also Like

1 ulasan

  1. cuti cuti ni, ramai je orang buat kenduri kahwin..time ni lah, ikatan silaturrahim antara keluarga menjadi semakin erat..kepada kawan akh, selamat pengantin baru !!

    BalasPadam