azizielias featured

Azizi Elias

1:13 PGAzizi

بسم اللــــــه الرحمن الرحيم


Setiap apa yg berlaku dalam hidup kita ini pastinya mempunyai satu persoalan yang kadang2 tak dapat kita nak merungkaikanya....Manusia sering bertanya mengapa semua ini terjadi terhadap dirinya...mengapa tidak org laen...mengapa mesti aku...aku yang mengharunginya??? Satu titik persoalan yang tiada noktah jawapan. Namun di pengakhiranya, pasti kita akan sedar semuanya....inilah yang di katakan lumrah kehidupan dunia.
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....satu entry yang pertama di tahun 2010. satu permulaan yang agak serius jika di banding2kan dengan entry2 yang laen. mungkin ada yang bertanya...mengapa? dan jawapan yang agak mudah dah ringkas....inilah lumrah kehidupan di dunia....kita harus bisa menerima apa jua keadaan yang melanda kerana barulah kita di katakan manusia....Hamba Allah yang sentiasa di undang dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk menguji sejauh mana tahap keimananya terhadap Maha Pencipta.
Setelah lama aku mengharungi liku2 kepahitan, akhirnya dengan izin Allah dapat juga akhirnya aku menarik nafas lega. setiap hari aku memikirkan tentang nasib diri yang tiada noktah di penghujung cerita dan selama itu jgk lah aku terus mempersoalkan mengapa harus aku yang tempuhi semua ini. sujud dan doa yang x prnah2 jemu di tunaikan sebagai hamba di muka bumi ini, meminta petunjuk dan pedoman, arah manakah yang aku harus lalui. Lantas aku sedar, mungkin semua ini sebagai satu peluang untuk aku mencari seberapa banyak pengalaman yang aku mampu. Memang pada hakikatnya aku miskin harta tp aku bangga kerna ilmu yang aku dapat takkan bisa menandingi segala-galanya.
Ya Allah, hambaMU ini bersyukur di atas segala yang telah engkau taburkan sepanjang hidup ini. ampunilah dosa-dosaku....dosa kerna sering mempersoalkan ketentuanMU. kini hambaMU sedar di atas semua yang telah berlaku. Ku bermohon agar Kau tabahkanlah hatiku ini dalam mengharungi sisa-sisa hidupku di dunia yang fana ini....Ameeen Ya Rabbal A'lamin.

You Might Also Like

0 ulasan