featured

Syafakallah Dr. Ahmad

1:50 PGAzizi Elias

Bismillahirrahmanirrahim

Debat Diraja 2006 (Sarawak)

Lewat petang tadi terima mesej dari sahabat baek aku, Ostad Din menyatakan bahawa Dr. Ahmad Pangidoan sedang kritikal di Hospital Sungai Buloh akibat serangan stroke. Tersentak dengan mesej tu aku teros pm Kak Su (rakan sepejabat sewaktu di USIM dahulu) bertanyakan tentang Dr. Ahmad memandangkan beliau juga turut memuat naik status yang sama berkaitan Dr. Ahmad di FB. 

Lepas amek wife dan anak, aku terus bergegas ke Hospital. Hanya berbekalkan maklumat yang Dr. Ahmad ditempatkan di Wad 4A, akhirnya dapat jugak melihat keadaan beliau. Setibanya di situ, aku perhatikan suasana sedih dan pilu menyelubungi ruang kamar wad tersebut. Dr. Ahmad terbaring di katil, aku tak tau nak guna istilah apa, mungkin koma kot yang sesuai sebab beliau tak sedarkan diri sudah lebih dari 18 jam. 

Sampai je kat katil, aku teros salam anak beliau yang aku pernah ajar sekejap masa dia first year di USIM. Belom sempat nak tanya dia dah pelok aku, Ya Allah...rasa macam nak nangis masa tu jgk...kalau kita rasa sedih inikan pula anak-anaknya....Hanya ungkapan sabar dan banyakkan berdoa je la yang mampu aku katakan pada dia.

Dr. Ahmad Pangidoan Nasution merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM. Beliau pernah mengajar aku sewaktu bergelar mahasiswa di USIM dan kemudiannya menjadi rakan sekerja sewaktu aku berkhidmat untuk FPBU sekitar tahun 2010/2011. Beliau dikenali dengan perwatakan yang sangat selamba, mesra, mudah bergaul. Sewaktu belajar dulu, sering jugak bersama beliau semasa aktif berdebat B.Arab. Di kalangan kawan-kawan laen, beliau ni mcm ayah2 kami. Kemudian bila dah bekerja bersama, aku tak pernah dengar dia kata "tak boleh" klo diberi apa-apa tugas... dia bolehkan je. 

Kira-kira sebulan yang lepas baru je jumpa beliau kat fakulti, kebetulan masa tu pegi USIM then singgah la kejap jengok-jengok kwn2 :) Sampai je situ Dr. Ahmad la yang mula-mula aku nampak...teros pegi sapa dia...dia pon tanya dok mana sekarang...aku cakap la "dok Sungai Buloh, Dr...nanti kalau Dr. balik Sungai Buloh, nak lepak-lapak minum, roger la saya". Sungguh tak sangka :( dapat bertemu dengan beliau bukan sedang minum borak bersama tapi bertemu dalam keadaan beliau sedang tak sedarkan di katil wad hospital.

Jam dah menunjukkan pkol 7 malam, aku hanya berdiri di bucu wad sambil melihat keadaan Dr. Ahmad yang tak sedarkan diri...Tak mampu nak buat apa-apa, hanya bacaan Yassin dan doa yang mampu aku berikan. Terlalu sedih melihat beliau dalam keadaan begitu. 

Semoga Allah memberikan kesihatan kepada Dr. Ahmad. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengubati. 

Allahu Yashfika...Ya,  DR. AHMAD...ameeen.

You Might Also Like

1 ulasan