safety first

U-Turn

9:45 PGAzizi Elias















Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan coretan hari ini dengan memanjatkan kesyukuran pada DIA kerana izinkan aku untuk terus bernafas di bumi yang indah ini :)

U-Turn....tajuk kali ini direct to the point mengkhusus kepada etika di jalan raya. Pagi tadi tengah sedap-sedap sarapan "KEDEBOOOM!!!" ape lagi...eksiden la...pakcik bawak motor langgar 4x4 yang U-Turn kat tempat yang xboleh U-Turn. Naseb baek alhamdulillah, pakcik tu ok.. 

Kadang-kadang aku xpaham, kenapa kita ni xboleh nak amek masa sket pegi U-Turn kat tempat yang sepatutnya...bukannya susah pon. Bukan nak tunjuk baek, bukan nak cakap hebat, as a citizen...aku sanggup cari tempat U-Turn walaupon jauh sket...biar susah sket asalkan selamat daripada nak cepat tapi menyusahkan orang laen. 

Kejadian berlaku di hadapan Hopital Sungai Buloh, memang kawasan tu bukan untuk U-Turn bagi kemudahan ambulans keluar masuk. Kerap kali kejadian yang sama berulang!

Peringatan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan di luar sana. Jom pakat-pakat ubah, amek masa sket untuk cari tempat yang dibolehkan U-Turn. Jangan ingat nak senang, tapi kemudian nanti masalah yang terjadi :) 

You Might Also Like

0 ulasan