featured informasi

Azahari Nowseeheart Perkenal Kaedah Baru Belajar Bahasa Arab

3:49 PGAzizi Elias

Sumber diperoleh dari SOOFI MEDIA

Sesame Street dan Wonder Pets memang sebuah rancangan pendidikan yang sangat terkenal. Sesame Street bermula sejak awal 70an lagi dan masih diminati sehingga hari ini manakala Wonder Pets adalah sebuah rancangan yang dikenali mulai 2006. Melihat kepada kedua-dua rancangan ini, penerbitnya mengadunkan dua elemen utama iaitu pendidikan dan juga nyanyian. Ini menunjukkan gabungan dua unsur ini berjaya menarik minat belajar dan dalam masa yang sama memudahkan pembelajaran dan pemahaman. Perkara tersebut telah memberikan inspirasi kepada Ustaz Azahari Bin Abdul Rahman yang merupakan seorang guru Bahasa Arab di SMK Agama Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart untuk menerbitkan sebuah Album Edutainment yang sangat menarik iaitu KITABA atau Kit Asas Bahasa Arab.
KITABA adalah sebuah album yang amat unik dan menarik, pertama seumpamanya di Malaysia dan boleh dimiliki sejak September 2016 tempoh hari. Album yang memuatkan 10 buah lagu ini, menampilkan Ustaz Azahari sebagai penyanyinya, yang mendendangkan pelbagai genre lagu. Paling menarik adalah lagu-lagu ini sebenarnya dipilih dari lagu-lagu hit popular sedia ada yang pernah menjuarai carta-carta lagu di radio dan televisyen suatu masa dahulu. Lirik lagu-lagu popular tersebut telah digubah dengan perkataan-perkataan Bahasa Arab danterjemahan Bahasa Melayu tanpa mengubah melodi asal lagu-lagu ini. KITABA juga menyediakan bersama buku lirik yang kemas dan menarik untuk kesemua lagu-lagu tersebut sebagai semakandan hafalan para pembeli.

Menurut Ustaz Azahari selaku penerbitnya, cetusan idea untuk menghasilkan KITABA datang sejak tahun 2005 lagi. Masa itu, lagu Kuch-kuch Hota Hai sangat popular dan menjadi siulan anak muda.
“Tum paaseaayee, yuumuskuraaeeyy, saya tukar menjadi Almaa’u air, Ash shaayuteh, berkenaan makanan dan minuman. Sejak dari itu saya banyak menukar lagu-lagu popular untuk dijadikan bahan pengajaran Bahasa Arab di sekolah.” katanya sambil menyusuli pula dengan menyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu dari Aizat yang liriknya berkaitan Kata Tanya atau Soalan.
Apabila ditanya kenapa album ini mengambil masa yang lama untuk dihasilkan, beliau mengatakan bahawa, lagu-lagu popular ini mempunyai syarikat penerbitannya sendiri. Kebenaran dari pihak-pihak tertentu amat diperlukan untuk dikomersilkan teknik ini di pasaran Malaysia. Setelah mendapat kebenaran tersebut, barulah pembikinan album ini dapat direalisasikan.
“Memang boleh saya nak buat lagu-lagu baru untuk mengajar. Tak perlu susah-susah sangat nak dapatkan kebenaran. Tapi saya sendiri yang tak mahu kerana objektif KITABA adalah pendengar tak perlu hafal dua perkara iaitu lagu dan lirik, sebaliknya menghafal lirik sahaja. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran tadi akan menjadi lima puluhperatus lebih mudah, disamping lagu-lagu itu sendiri sudah punya daya tarikannya masing-masing.” ujarnya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Novarts Production, En. Azzizat, “Lagu-lagu popular yang dimuatkan dalam KITABA adalah seperti, Putih-putih Melati (ST12), Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip), Sampai Mati (Hazama), Anak Kampung (Jimmy Palikat) dan banyak lagi. Perkataan-perkataan asas Bahasa Arab dari kata-kata kerja, adjektif sehinggalah kepada profesion-profesion dinukilkan di dalam lagu-lagu tersebut.”
Album ini diterbitkan oleh Novarts Production dan boleh dimiliki dengan menghubungi saudara Ezzart Rahman di talian 0172325073 atau melayari website www.novarts.com.my atau FB: Novarts Production untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Laman FB dan instgram mereka juga boleh dijadikan platform untuk penjelasan lebih lanjut.

You Might Also Like

0 ulasan