cover song lirik lagu

Pandang-pandang, Jeling-jeling by Wany Hasrita ft. Azizi Elias (Cover Version)

3:51 PGAzizi Elias




LIRIK
Artist: Siti Nurhaliza
Album: Lakaran Kehidupan (Ver Concert Mega)
Released: 2001

Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang

Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah

Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati

Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga

Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu
Mana kan boleh berganding sama

Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

You Might Also Like

0 ulasan