AZIZI ELIAS
18 DzulKaedah 1405 / 04 Ogos 1985 

Anak kepada Mak dan Abah, Abang sulong kepada tiga orang adik beradik, Suami kepada seorang isteri dan Abah kepada dua orang anak :P


Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Desa Nirwana, Ampang, Selangor kemudian sambung ke peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang sehingga darjah lima (5) dan menamatkan pengajian peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah. 


Tahun 1998 (Sukan Komanwel) masuk peringkat menengah, further study di Sekolah Menengah Agama Madrasah Ihsaniah Jangkang, (tempat kelahiran aku dan juga kampung halaman aku) sampai tahun 2003, tamat tingkatan enam (6).


Bergelar mahasiswa pada tahun 2004, rezeki dapat USIM (Ketika itu KUIM). Bergraduasi pada tahun 2007 dan kemudiannya sambung lagi setahun untuk peroleh Diploma lanjutan (semangat berkobar-kobar nak jadi peguam syarie masa tu :) )

Pengalaman kerja? Pensyarah Sambilan; Krew Produksi; Graphic Designer; Pengawal Keselamatan; Pegawai Tadbir; PRO, senang cerita hampir kesemua bidang kerjaya yang termaktub di atas tak kena mengena lansung dengan apa yang dibelajar :P


Mula menulis blog pada Disember 2007, Coursemate masa tu hampir semua tengah gila dok berblog, masing-masing ada blog sendiri. Sekitar tahun 2007 FB & Twitter masih baru sangat. Tengah IN masa tu "friendster" ngan "MySpace" dan Blogging dan inilah hasilnya, Pengaruh Rakan Sebaya :D